LAMAN WEB PENDIDIKAN ISLAM
 

ADAB KEPADA IBU BAPA

 

  • Pergertian
    • Bersopan santun kepada ibu dan bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
  • Hukum
    • Wajib
 


Ibu tetap ibu. Tiada apa padanya pabila tua hanya melainkan doa.

 
Perintah Allah Taala agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa

 

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Surah Al Isra :23

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya (Allah) semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa

 

 
Perintah Allah Taala

 

وَوَصَّيْنَا الِإ نْسَان بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
{14}
*****
 

Surah Luqman :14

"Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua orang ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya dan tempoh mencairkan susunya dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Aku dan kepada kedua ibu bapamu dan ingatlah, kepada Aku juga tempat kembali


Ayat di atas menjelaskan supaya kita bersyukur kepada Allah Taala dan ibu bapa. Renungkanlah kesusahan dan kepayahan ibu yang mengandung  mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan seorang anak, bersusah payah menjaga sewaktu kecil dan menyusui kerana ingin melihat anaknya membesar dan bahagia

 

 
Peringatan Allah Taala lagi

 

إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا

Surah Al Isra :23

"..jika salah satu daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengkin mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)


 

 

 
Tata cara adab pergaulan dengan ibu bapa
  • Mengasihi dan mendoakan kebahagian dan kesejateraan dan buat kedua-duanya ketika mereka hidup dan memohon kempunan dan rahamat Allah apabila mereka sudah tiada lagi di dunia
  • Mengormati dihadapan dan dibelakang mereka
  • Memberi salam ketika kembali ke rumah atau keluar daripada rumah
  • Bersopan santun apabila berkomunikasi dengan mereka
  • Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak menyalahi perintah dan hukum Allah
  • Berterima kasih setiap kali pemberiannya dan curahan kasih sayangnya
  • Menjaga perasaan kedua-duanya terutama apabila mereka semakin tua
  • Menolong dan membantu mereka dirumah
 
 

Hikmah menghormati ibu bapa

  • Mendapat keredhaan dan rahmat Allah taala

  • Dihormati dan dikasihi oleh manusia

  • Memperoleh kebahagian hidup didunia dan akhirat

  • Dikurniakan pahala yang banyak disisi Allah

  • Jiwa tenang dan tenteram

 

 
 
Hak Cipta (c) Muhammad Khairi.2006