LAMAN WEB PENDIDIKAN ISLAM

 
 

Ayat Kefahaman Dua

 
Surah Al Baqarah: 34-37
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُواْلآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ34

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلاَ مِنْهَا رَغَداًحَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَـذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الْظَّالِمِينَ 35

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.

فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُواْبَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ 36

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).

فَتَلَقَّى آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
37

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
 
 
   
 
 
 
   
 
 
 
 
 
 
 
   
 
 
 
   
 
 
 
Ciri-ciri Orang yang taat perintah Allah
  • memelihara diri daripada perkara-perakara yang boleh merosakkan aqidah
  • mematuhi perintah Allah subhanahuwataala
  • menghayati sifat-sitat mahmudah
  • sentiasa bertaubat
  • membaca Al Quran, berzikir,beristighfar dan bertasbih
  • menambah ilmu pengetahuan
  • memelihara maruah diri
 
 
Pengajaran Ayat

 

  • Kita dikehendaki mencontohi ketaatan malaikat
  • Iblis sentiasa berusaha memperdayakan manusia supaya mengikut jejak langkahnya
  • Orang yang berdaya mengatasi tipu daya Iblis akan selamat hidup didunia dan diakhirat
  • Setiap ciptaan Allah ada hikmahnya
  • Allah kasih kepada hambaNya yang bertaubat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hak Cipta (c) Muhammad Khairi. 2006