LAMAN WEB PENDIDIKAN ISLAM

<br />

ADAB BERGURU

  • Guru wajib dihormati dan taati selepas menghormati dan mentaati ibu bapa.

  • Guru berperanan besar mencurahkan ilmu, mendidik kita menjadi manusia yang berguna dan memupuk potensi diri untuk menjadi perwaris terhadap dunia dan kepimpinan.

 
Panduan Adab Berguru
  • Berwudhu'

  • Berdoa

  • Bersedia dengan bahan pembelajaran

  • Memakai pakaian yang bersih dan bersopan

  • Menghormati guru

  • Beri tumpuan ketika belajar

  • Beramal denan ilmu yang dipelajari

Pelajar yang beradab akan diberkati dan diredhai Allah

 

Cara-cara beradab dengan guru

 

Pelajar beradab   Pelajar biadab
  • Mendahulukan memberi salam apabila bertemu

  • Bercakap dengan menggunakan bahasa yang sopan

  • Menolong guru dengan ikhlas

  • Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru

  • Mengucapkan terima kasih setelah guru selesai mengajar

  • Menundukkan kepala atau meminta izin apabila lalu dihadapan guru

  • Bertanya khabar guru apabila bertemu diluar kawasan sekolah

  • Mengucapkan tahniah kepada guru yang memperolehi kejayaan dan takziah apabila guru ditimpa musibah

 
  • Tidak memberi salam

  • Bercakap menggunakan bahasa yang kasar

  • Tidak membuat kerja yang disuruh guru dengan bersungguh-sungguh

  • Bermasam muka dan tidak ceria menerima teguran dan nasihat guru

  • Tidak mengucapkan terima kasih kepada guru

  • Tidak hormat dan bongkak apabila lalu dihadapan guru

  • Tidak mengendahkan guru apabila bertemu diluar kawsan sekolah

  • Tidak mengucapkan apa-apa apabila guru mendapat kejayaan atau guru mendapat musibah

     

 

 
Cara mengenang jasa guru
  • Mendoakan kebaikan dan kebajikan guru

  • Mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun telah tamat pengajian

  • Menziarahi guru pada hari perayaan atau ketika guru sakit

  • Menghormati guru sepanjang masa

  • Mengucapkan terima kasih kepada guru ketika memperolehi kejayaan

 
 

Hikmah menghormati guru

  • memperolehi ilmu yang diberkati Allah

  • memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat

  • Dikurniakan taufik dan hidayat

  • Memudahkan seseorang mengingati dan memahami pengajaran guru

  • Membentuk peribadi dan akhlak yang mulia

  • Melatih diri sentiasa menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua

  • Dihormati dan dikasihi masyarakat

 

 
 

Akibat derhaka kepada guru

  • Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah

  • Tidak bermoral dan rendah budi pekerti

  • Ketinggalan dalam bidang pelajaran

  • Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif

  • Susah memahami dan mengingati ajaran guru

 

 
Hak Cipta © Muhammad Khairi.2006